Penternakan Ayam Kampung Asli Baka Sabung
http://marzuqbayu.com
Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara
secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar
bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung
ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah
(Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya
dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik
(organic chicken).
Pada asalnya ayam kampung ini telah lama diternak di Malaysia dan
negara-negara dunia ketiga lain. Dengan kemasukan pedagang-pedagang luar
suatu masa dahulu khususnya pedagang dari Negara China ini yang membawa
baka ayam yang dinamakan Canton telah dikacukkan dengan ayam di sini
maka lahirlah generasi kedua ayam kampung ini. Pada zaman penjajahan
Inggeris di tanah Melayu pula mereka membawa baka dari negara Eropah
maka dikacukkan dengan ayam-ayam yang terdapat di sini. Sejak itu
lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti ayam botak, ayam bulu
balik, ayam selasih, ayam janggut, ayam laga atau ayam sabung, ayam
togel, ayam katik atau ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran
mengikut tempat dan loghat.
Untuk Maklumat Lebih Lanjut : http://marzuqbayu.com/blog
No comments:
Post a Comment