Monday, January 29, 2018

Cara Menternak Anak Ayam


Peringkat tumbesaran ayam


Peringkat 1 = peringkat usia anak ayam dari satu hari sehingga 2 bulan. Ketika ini perhatian serius diperlukan untuk meningkatkan daya hidup seekor ayam. Ayam perlu dijaga dari semua aspek termsuk suhu persekitaran, keselamatan serta makan minum. Anak ayam sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran dan sebarang unsur berbentuk tekanan meningkatkan kematian anak ayam.

Peringkat 2 = peringkat usia antara 2-4 bulan. Ketika ini anak ayam mula diasuh untuk menjadi ayam dewasa. Ciri-ciri ayam dewasa matang mula wujud dan proses pembesaran berlaku. Namun ketika ini anak ayam masih lemah walaupun pada mata kasarnya sudah cukup bersedia. Kalau ketika ini kita mendedahkan anak ayam ini dipersekitaran yang asing dan sukar seperti cuaca melampau, anak ayam akan mudah mati. Biasanya penternak memindahkan anak ayam yang menyerupai reban ayam dewasa tanpa pemantauan. Perkara ini banyak membunuh anak ayam secara langsung atau tidak. Sepatutnya anak ayam masih lagi dididik berikut resam si ibu akan mendidik anaknya sehingga berusia 3 bulan. Ketika umur 3 bulan, si ibu akan meninggalkan anaknya namun masih mengambil tahu sekiranya anaknya bermain dipersekitaran. Oleh kerana kita tidak mendidik anak ayam ini secara formal atau secara tabii, maka lanjutan tempoh masa mendidik perlu dilanjutkan kepada 4 bulan.

Peringkat 3 = anak ayam berusia 4 bulan sehingga matang. Ayam akan mula matang apabila mencecah usia 6 bulan. Namun untuk ayam jantan jangkamasa 1 tahun diperlukan untuk mencecah usia matang sebagai baka pejantan. Anak ayam sudah digelar ayam matang pada masa ini. Dari usia 4 bulan hingga 6 bulan, anak ayam biasanya akan membesar dengan cepat untuk menyediakan diri untuk hidup bersaing di dalam reban. Anak ayam mula nampak cergas serta meniru perbuatan biasa ayam matang lain. Ayam boleh hidup sehingga 8-10 tahun sekiranya dibiarkan lepas bebas dan antara 4-5 tahun jika diternak secara kurungan.


Penjagaan anak ayam

Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut kuantiti anak ayam. Pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin luar masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan penyakit.
Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan badan. Mentol 5 watt untuk hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim kentujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam. Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun sebanyak 1c pada setiap minggu.
Menyediakan bekas makanan secukupnya bagi membolehkan anak ayam mendapat makanan secukupnya.

Perkara penting supaya anak ayam kekal sihat
1.       Lokasi reban didik yg sesuai
2.       Suhu yg baik
3.       Pengudaraan yang baik
4.       Kebersihan
5.       Reban didik yg selesa mengikut jumlah anak ayam
6.       Pengasingan mengikut usia
7.       Minuman - di tukar setiap hari
8.       Makanan - sesuai mengikut usia anak ayam
9.       Ubat/vitamin
10.   Nyamuk 



Huraian

1.       Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari.
2.       Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer juga hendaklah disediakan bagi menyukat suhu dalam reban. Ini bagi memastikan suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan biarkan suhu di bawah 29c.
3.       Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan mestilah baik bagi membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih dapat masuk dengan baik.
4.       Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari seminggu untuk membersihkan reban.
5.       Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi mengelakkan anak ayam stress dan mati.
6.       Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah diasingkan mengikut usia bagi mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak ayam yang kecil.
7.       Air minuman ditukar setiap hari = air cukup penting bagi ayam terutama pada musim panas. Air seeloknya ditukar setiap hari terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.
8.       Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam yang berusia 3 hari hendaklah diberikan air minuman sahaja dahulu sebelum diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam masih lembut lagi. Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia 4 hari dengan dedak halus.
9.       Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai.
10.   Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. Simptom penyakit tadi boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta. Jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang di reban didik.
 

4 comments: