Kejayaan pengurusan anak ayam adalah satu titik tanda
kejayaan seseorang penternak yg mahu memulakan projek ternakan ayam kampung.
Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa dilakukan dengan membesarkan
benih baka sendiri, pengurusan anak ayam yg betul akan membawa kita kejalan
kejayaan. Terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak ayam di
Malaysia.
1. Pembenihan oleh induk secara semulajadi cara ini sangat
lazim dipraktikkan oleh penternak sambilan atau secara kecil2lan yang
menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu ayam itu sendiri.
Kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan dan
huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu
ayam sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya.
Penternak hanya memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam
dengan mengurung di dalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman
musuh.
2. Pembenihan induk dengan bantuan cara ini biasanya
digunakan oleh penternak sederhana besar apabila bilangan induk menghampiri 50
ekor. Bagi mengelakkan persaingan atau kepadatan reban penternak akan
memisahkan anak ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu kering bulunya
selepas menetas, perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum
ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan. Ini kerana
secara lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan.
Sekiranya kita pisahkan anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam
tidak dapat hidup atau makan dengan sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg
telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder selama sebulan hingga 2 bulan
sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada peringkat ini anak
ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan penyakit.
Biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak
ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam
mati dapat dikurangkan.
3. Pengurusan anak ayam dari inkubator untuk penternak yg
mempunyai ternakan yg melebihi 200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua
telur dikutip dah dimasukkan ke dalam inkubator. kita boleh menentukan tarikh
menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu group. Tujuan perkumpulan
dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg hampir sebaya
umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namun harus diingatkan telur yg
dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan. Setelah telur
menetas anak ayam akan dimasukkan ke dalam brooder sebelum dilepaskan ke reban
khas untuk asuhan peralihan. Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar
penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana masa pengeraman dan
pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali selepas
3-4 minggu. Untuk jaminan pengeluaran benih yg konsisten cara ini perlu
dilakukan namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga dan
masa.
Reban
Reban Asuhan
Pastikan bekas untuk ayam mengeram mencukupi.
Letakkan guni, lalang @ rumput kering / kain terpakai untuk
alas tempat mengeram.
Tuliskan tarikh pada bekas apabila ayam mula mengeram.
Apabila anak ayam mula menetas, pindahkan anak dan ibu ayam
ke reban asuhan.
Apabila kesemua telur ayam telah menetas, biarkan anak ayam
bersama ibunya selama 2 minggu.
Setelah itu pindahkan anak ayam ke rumah sementara.
Pastikan ubat merah 707 (bancuhkan dengan air) diberikan
kepada anak ayam itu.
Reban Pembakaan
Kengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini
perolehi dari makanan digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang
dibiarkan bebas tanpa kawalan akan menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti
dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita perolehi berkurangan serta
kualitinya akan menurun.
Tempatkan ayam di kawasan yang sederhana besar. Tujuannya
bagi memudahkan berlakunya proses persenyawaan antara si jantan dan si betina.
Tanpa persenyawaan, maka telur yang dihasilkan sudah tidak bernilai dari segi
penghasilan baka.
Apabila Ibu Ayam dan si jantan ditempatkan dalam satu tempat
terkawal, peratusan telur yang dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi.
Satu lagi ciri ayam kampung melayu ini, adalah sikap mencari
hariki untuk mengawal si betina. Jika kita membiarkan baka kita berada dalam
satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor jantan kesulitan akan kita lihat
di dalam reban. Ini kerana dalam satu-satu masa bukan semuanya ibu ayam kita
dalam keadaaan sedia untuk mengawan. Bagi si betina yang belum dalam fasa nak
bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh si jantan. Maka akan
berlakulah kejar mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila
hanya beberapa ekor sahaja si ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan.
Apabila hanya sedikit sahaja si ibu untuk 'dipanjat' maka apabila sampai
masanya si jantan memanjat, akan berlaku serangan dari si jantan lain yang akan
cuba merampas takhta untuk mengawan, sekiranya ini kerap berlaku maka
kesempurnaan proses mengawan itu akan terganggu.
Makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu
ayam, makanan yang mempunyai cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran
telur. makanan perlu diberi mengikut jadual serta kita perlu memberi makanan
tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti vitamin, antistress dan
elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin kesihatan ibu
dan si jantan.
Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap
matahari terbit bagi membenarkan matahari pagi masuk ke dalam reban dan
mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan reban kita, gejala
lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis
dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang.
Sediakan bekas telur yang sesuai bilangannya berbanding
jumlah ibu yang ada. Jika jumlah terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan
kesesakan yang tidak diingini tak dapat dielakkan. Kesesakkan ini biasanya
disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga mahu
meneruskan aktiviti mengeram.
No comments:
Post a Comment