Antara punca masalah telur tak menetas adalah:
1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah
memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur
dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur
tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam telur pecah
tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan
menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator
yang telah mengandungi telur lain.
2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si
jantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak
disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat si betina. Ini
kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu
luas menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan
menetas walau apa pun dilakukan terhadapnya.3. Jangkitan sekunder di mana
kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada
telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh di dapati
dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap.
Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis
anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.
4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan
kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.
5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang
kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti
jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.
6. Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar
sebelum dimasukkan di dalam inkubator juga akan menurunkan peratusan telur
menetas.
No comments:
Post a Comment