Peringkat tumbesaran ayam
Peringkat 1 = peringkat usia anak ayam dari satu hari
sehingga 2 bulan. Ketika ini perhatian serius diperlukan untuk meningkatkan
daya hidup seekor ayam. Ayam perlu dijaga dari semua aspek termsuk suhu
persekitaran, keselamatan serta
makan minum. Anak ayam sangat sensitif terhadap
perubahan persekitaran dan sebarang unsur berbentuk tekanan meningkatkan
kematian anak ayam.
Peringkat 2 = peringkat usia antara 2-4 bulan. Ketika ini
anak ayam mula diasuh untuk menjadi ayam dewasa. Ciri-ciri ayam dewasa matang
mula wujud dan proses pembesaran berlaku. Namun ketika ini anak ayam masih
lemah walaupun pada mata kasarnya sudah cukup bersedia. Kalau ketika ini kita
mendedahkan anak ayam ini dipersekitaran yang asing dan sukar seperti cuaca
melampau, anak ayam akan mudah mati. Biasanya penternak memindahkan anak ayam
yang menyerupai reban ayam dewasa tanpa pemantauan. Perkara ini banyak membunuh
anak ayam secara langsung atau tidak. Sepatutnya anak ayam masih lagi dididik
berikut resam si ibu akan mendidik anaknya sehingga berusia 3 bulan. Ketika
umur 3 bulan, si ibu akan meninggalkan anaknya namun masih mengambil tahu
sekiranya anaknya bermain dipersekitaran. Oleh kerana kita tidak mendidik anak
ayam ini secara formal atau secara tabii, maka lanjutan tempoh masa mendidik
perlu dilanjutkan kepada 4 bulan.
Peringkat 3 = anak ayam berusia 4 bulan sehingga matang.
Ayam akan mula matang apabila mencecah usia 6 bulan. Namun untuk ayam jantan
jangkamasa 1 tahun diperlukan untuk mencecah usia matang sebagai baka pejantan.
Anak ayam sudah digelar ayam matang pada masa ini. Dari usia 4 bulan hingga 6
bulan, anak ayam biasanya akan membesar dengan cepat untuk menyediakan diri
untuk hidup bersaing di dalam reban. Anak ayam mula nampak cergas serta meniru
perbuatan biasa ayam matang lain. Ayam boleh hidup sehingga 8-10 tahun
sekiranya dibiarkan lepas bebas dan antara 4-5 tahun jika diternak secara
kurungan.
Penjagaan anak ayam
Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut
kuantiti anak ayam. Pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin luar
masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan
penyakit.
Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan
badan. Mentol 5 watt untuk hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim
kentujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam.
Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun
sebanyak 1c pada setiap minggu.
Menyediakan bekas
makanan secukupnya bagi membolehkan anak
ayam mendapat makanan secukupnya.
Perkara penting supaya anak ayam kekal sihat
1.
Lokasi reban didik yg sesuai
2.
Suhu yg baik
3.
Pengudaraan yang baik
4.
Kebersihan
5.
Reban didik yg selesa mengikut jumlah anak ayam
6.
Pengasingan mengikut usia
7.
Minuman - di tukar setiap hari
8.
Makanan - sesuai mengikut usia anak ayam
9.
Ubat/vitamin
10.
Nyamuk
Huraian
1.
Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat
yang boleh dimasuki cahaya matahari.
2.
Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer
juga hendaklah disediakan bagi menyukat suhu dalam reban. Ini bagi memastikan
suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan biarkan suhu di bawah 29c.
3.
Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan
mestilah baik bagi membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih dapat masuk
dengan baik.
4.
Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari
seminggu untuk membersihkan reban.
5.
Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan
ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi mengelakkan anak ayam stress dan mati.
6.
Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah
diasingkan mengikut usia bagi mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak
ayam yang kecil.
7.
Air minuman ditukar setiap hari = air cukup
penting bagi ayam terutama pada musim panas. Air seeloknya ditukar setiap hari
terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.
8.
Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam
yang berusia 3 hari hendaklah diberikan air minuman sahaja dahulu sebelum
diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam masih lembut lagi.
Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia 4 hari
dengan dedak halus.
9.
Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya
diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin
ini perlulah pada usia yg sesuai.
10.
Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari
gigitan nyamuk. Simptom penyakit tadi boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi
telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta. Jadi gunalah
kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh
melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang
di reban didik.